Playlist Seraut Wajah Semerdu Suara Sharifah Aini

Saya sedang berusaha untuk menambah playlist Sharifah Aini dalam beberapa kategori / tema yang berlainan.  Sementara menunggu playlist terbaru, sila nikmati playlist Sharifah Aini 'Seraut Wajah Semerdu Suara' yang sedia ada.  Semoga terhibur.

(Kesemua playlist hanyalah untuk di 'streaming' sahaja.)

Dengar Playlist Lagu Pelbagai Genre & Tema Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Lagu Sharifah Aini Hasil Nukilan Karyawan MalaysiaDengar Playlist Lagu Tradisional & Pelbagai Irama KeMelayuan 4 Dekad Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Cover Version Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Balada 4 Dekad Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Raya & Santapan Rohani Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Yang Liriknya Nukilan Sharifah AiniPlaylist IRAMA DARI SEBERANG (Sharifah Aini)

SEMALAM, KINI & ESOK: BIDUANITA 3S vol 2

(Koleksi Lagu Irama Malaysia Nyanyian Sharifah Aini, Saloma & Siti Nurhaliza)

(Pertama kali diperdengarkan 1 Oktober 2011)

Pangkal nama 'S' seakan memberi tuah kepada ketiga-tiga penyanyi tersohor ini untuk menguasai persada seni tanahair dalam jangkawaktu yang panjang.  Siapa yang tidak kenal Saloma, Sharifah Aini & Siti Nurhaliza.  Ketiga-tiganya mempunyai aura tersendiri dan begitu perkasa mengharungi arus perjalanan muzik tanahair yang tidak ketentuan ini tetapi mempunyai misi yang sama untuk memartabatkan lagu-lagu Melayu ke landasan yang sewajarnya.  Kejayaan dan pengiktirafan yang diterima oleh mereka sudah cukup untuk mengangkat mereka sebagai khazanah yang paling berharga dalam sejarah industri muzik tanahair.  Aset mereka bukan sahaja bergantung kepada vokal yang hebat tetapi lengkap dengan pakej sebagai seorang Biduanita yang versatile.  Mereka mampu melagukan pelbagai 'genre' lagu dan mampu menghiburkan khalayak peminat.  Mungkin ini adalah salah satu sebab mereka boleh menguasai industri muzik tanahair dalam tempoh yang agak lama.  Anda tidak boleh menafikan kehebatan mereka malah kehadiran mereka telah memberi impak yang besar terhadap dunia muzik tanahair.  Amat tidak adil jika kita cuba memperbandingkan kemampuan mereka sesama sendiri atapun mengistilahkan Sharifah Aini adalah pengganti Saloma atapun Siti Nurhaliza bakal menggantikan Sharifah Aini.  Ini kerana mereka adalah wakil daripada setiap zaman yang berbeza dan mempunyai kelompok peminat yang tersendiri.

Saloma telah diiktiraf sebagai BIDUAN NEGARA, pengiktirafan Sharifah Aini sebagai BIDUANITA NEGARA juga tiada siapa yang boleh menafikannya dan Biduanita Muda Siti Nurhaliza juga pasti akan diiktiraf suatu masa nanti, kerana kita juga tidak boleh menolak ketokohan dan ke'versatile'an beliau sebagai artis masa kini yang sukar ditandingi oleh penyanyi sezamannya.  Saya juga tidak mahu memperkatakan kehebatan mereka secara individu kerana sejarah hiburan tanahair telah cukup mezahirkan mereka sebagai yang terbaik. 

Dengarkan playlist istimewa sebahagian lagi lagu-lagu Irama Malaysia pelbagai rentak alunan BIDUANITA 3S, Saloma (yang pernah dipuja), Sharifah Aini (tetap dipuja untuk 4 dekad) dan Siti Nurhaliza (yang dipuja hari ini).  Pastinya mereka adalah kebanggaan negara.



Senarai lagu:

  Kain Songket (Saloma) 
      (1975, M Sidin)

  Badai Mimpi (Sharifah Aini)
      (1988, A Ali/Lukhman S)
 

  Joget Kasih Tak Sudah (Siti Nurhaliza) 
      (1999, S Atan /Nurul Asyiqin)

  Jauh Di Mata (Saloma) 
      (1975, Tradisional)

  Seroja (Sharifah Aini)
      (1983, S Effendy)

  Sirih Pinang (Siti Nurhaliza)
      (2007
, Copyright Control)

  Di Renjis Renjis (Saloma)
      (1974, P Ramlee)

  Teratai (Sharifah Aini)
      (1980, Lily Suhairy)

  Pawana Sampaikanlah Salam (Siti Nurhaliza) 
      (1999, Arid / Lokgha)

  Madahku (Saloma)  
      (1974, P Ramlee)

  Yayadan (Sharifah Aini)
      (1998, Pak Ngah / Hairul Anuar Harun)

  Lela Manja (Siti Nurhaliza)
      (1997, Tradisional)

  Bunga Tanjung (Saloma)  
      (1964, Tradisional / S Sudarmaji)
 

  Jalak Lenteng (Sharifah Aini)
      (1983, Tradisional)
   

  Walinong Sari (Siti Nurhaliza) 
      (1999, Copyright Control)

  Awang Mendung Telah Tiba (Saloma) 
      (1966, P Ramlee)
 

  Burung Putih (Sharifah Aini)
      (1984, Tradisional)
   

  Balqis (Siti Nurhaliza)  
      (1999, Pak Ngah / Hairul Anuar Harun)

Dengar lain-lain PLAYLIST koleksi pelbagai lagu Irama Malaysia nyanyian Saloma,
Sharifah Aini & Siti Nurhaliza:

(semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.  Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)